Bachok 35 kilometer dari Bandar Kota Bharu dan 670 kilometer dari Kuala Lumpur. Terdapat satu pusat pelupusan sisa sisa bahan buangan. Bahan buangan yang di kumpul akan di punggut oleh lori lori majlis perbandaran dan akan di hantar kesini untuk pelupusan.Di sini bahan buangan akan di kumpul untuk menjalani proses pereputan. Percayakah sekiranya setiap rumah membuang sehari 100 kilogram sampah setiap hari dan membuang selama 3o tahun, Pastinya bumi kita akan di timbusi oleh timbunan sampah sarap. Adakah anda terpikir untuk bekerja dan mencari rezeki untuk menyara keluarga anda dengan bekerja sebagai pemungut sisa buangan. Pastinya tidak bukan. Seawal jam 10.30 malam pusat pelupusan sisa buangan ini di penuhi oleh pengutip barang terpakai untuk di jual. Mereka akan mengutip botol, tin, besi, barang plastik dan apa sahaja yang boleh di jual. Peraih atau tauke akan menunggu pada pukul 5.30 petang untuk membeli hasil hasil kutipan. Setiap hari pengutip barang terpakai ini akan memperolehi sekitar RM150. Pendapatan yang di perolehi ini agak lumayan dan mampu untui menyara keluarga mereka.








































